Wednesday, February 1, 2012

golongan yang didoakan malaikat.

entry ini ditulis sekadar untuk berkongsi ilmu.
tiada niat lain selain dari berkongsi apa yang ada.
i read this book and i found it interesting.
marilah kita menjadi antara golongan yang didoakan malaikat.
mudah mudahan,hidup kita diberkati. Amin.


GOLONGAN PERTAMA : Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci
  • Islam menggalakkan umatnya agar bersuci sebelum tidur.
  • Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bersuci sebelum tidur agar disucikan Allah SWT.
  • Malaikat akan sentiasa bersama dengan orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  • Malaikat akan memohon kepada Allah SWT agar mengampuni hamba yang sedang tidur tersebut, setiap kali ia membalikkan badannya di malam hari hingga ia bangun dari tidur.

GOLONGAN KEDUA : Orang Yang Ternanti-nanti Waktu Solat
  • Golongan yang paling utama adalah apabila masuk sahaja waktu solat, dia sudah pun berada di tempat solat.
  • Golongan yang bila masuk waktu solat, dia sedang berwuduk dan bersiap-siap untuk berada di tikar solat.
  • Golongan yang bila masuk waktu solat, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wuduk dan mengerjakan solat.

GOLONGAN KETIGA : Berada Dalam Saf Hadapan
  • Menjaga kesempurnaan saf pertama sebagaimana saf para malaikat.
  • Allah SWT dan para malaikat berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.
  • Rasulullah saw memohon keampunan sebanyak tiga kali ke atas mereka yang berada di saf pertama.

GOLONGAN KEEMPAT : Orang Yang Memenuhkan Saf
  • Faktor yang membawa kepada kesempurnaan solat.
  • Amalan ini boleh menyatukan hati umat Islam.
  • Dapat menghindari gangguan syaitan keatas orang yang bersolat.
  • Allah SWT menyukai mereka yang menyempurnakan saf.
  • Mendapat ganjaran pahala yang besar.
  • Allah SWT dan para malaikat berselawat kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.

GOLONGAN KELIMA : Mengucapkan 'amin' Bertepatan dengan Ucapan 'amin' Malaikat
  •  Golongan yang melafazkan amin pasti akan dimakbulkan doanya.
  • Golongan yang sedang bedoa dan sebahagian daripadanya mengaminkannya, doa itu akan diperkenankan oleh Allah SWT.
  • dosa-dosa yang lepas akan diampuni apabila mengucapkan amin dalam solat.

GOLONGAN KEENAM : Orang Yang Duduk Di Tempat Solatnya Selepas Menunaikan Solat
  • Berzikir selepas solat tanda kita meningati Allah.
  • Berwirid bagi menunjukkan kebesaran Allah.
  • Bertahmid bagi mendapatkan dua puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya dua puluh dosa.

GOLONGAN KETUJUH : Orang Yang Melakukan Solat Subuh Dan Asar Secara Berjemaah
  • Malaikat akan mendoakan kepada hamba Allah yang mendirikan solat agar diampuni dosa-dosa mereka pada hari kiamat.
  • Disaksikan oleh para malaikat.
  • Menjadi satu kemenangan melawan godaan syaitan.
  • Bebas dari terkena air kencing syaitan.
  • Pahalanya seumpama mendirikan solat satu malam.
  • Memperoleh cahaya terang pada waktu malam.
  • Diselamatkan dari neraka.
  • Mendapat jaminan syurga.
  • Dilapangkan rezki oleh Allah.
  • Mendapat perlindungan Allah.
  • Mendapat pahala seperti menunaikan ibadah haji dan umrah.
  • Beroleh keberkatan dai Allah.

GOLONGAN KELAPAN : Orang Yang Mendoakan Saudaranya Tanpa Pengetahuan Orang Yang Didoakan
  • Doa anak yang soleh.
  • Doa ibu bapa kepada anaknya.
  • Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka puasanya.
  • Doa orang yang dizalimi, walaupun dia seorang kafir.
  • Doa orang yang berada dalam keadaan bahaya.
  • Doa seorang Muslim kepada orang lain tanpa diketahui orang tersebut.
  • Doa musafir sehingga dia kembali ke rumahnya.

GOLONGAN KESEMBILAN : Orang Yang Membelanjakan Harta
  • Allah melarang umatnya bersifat bakhil.
  • Banyak kerugian bagi golongan yang bakhil.
  • Allah menyuruh umatnya mengorbankan harta yang disayangi.
  • Islam menggalakkan pengukuhan ekonomi.

GOLONGAN KESEPULUH : Orang Yang Sedang Makan Sahur
  • Memberi kekuatan dalam mentaati Allah SWT pada waktu siang hari di bulan Ramadhan.
  • Tidak akan berasa bosan untuk mengulangi puasa pada hari-hari berikutnya.
  • Memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.
  • Membantu seseorang untuk bangun pada akhir malam.
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadah.
  • Menghilangkan rasa amarah akibat kelaparan.
  • Waktu sahur adalah waktu dimakbulkan doa.

GOLONGAN KESEBELAS : Orang Yang Melawat Orang Sakit
  • Mendapat sebuah taman di syurga.
  • Memperoleh rahmat Allah SWT.
  • Menerima (doa) selawat daripada 70000 malaikat.


p/s : marilah kita renungkan bersama-sama. :)


0 comments: